Cari @ Amanz

Vivo Y03 telah dilancarkan secara rasmi sebagai peranti kelas asas baharu. Untuk kali ini tumpuan diberikan pada kapasiti storan yang memadai, kalis air IP54 dan penjagaan bateri sehingga 3 tahun. Ia juga telah ditemui menerusi laman SIRIM yang menandakan pelancaran di Malaysia boleh diadakan dalam masa terdekat.

Untuk spesifikasi Vivo Y03 dilengkapi skrin IPS LCD 6.56-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Panel hadapan juga mempunyai takuk kecil yang menempatkan kamewa swafoto 5MP. Diikuti pula dengan kamera utama 13MP + lensa QVGA bersama sebuah LED Flash di belakang.

Tunjang utama pula dijana dengan cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM, storan 128GB dan menjalankan FunTouchOS 14. Bateri 5000mAh juga disertakan yang boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 15W. Peranti juga melepasi penarafan IP54 untuk kalis habuk dan percikan air.

Harga jualan bermula IDR1,299,000 (~RM390) (4/64GB) dan IDR1,499,000 (~RM450) (4/128GB). Sebanyak dua pilihan warna disediakan seperti Hijau Permata dan Hitam Angkasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd