Redmi A3 kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM429 (4/128GB). Peranti disediakan dalam tiga pilihan warna seperti Midnight Black, Forest Green dan Star Blue. Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui pengedar sah rasmi Xiaomi Malaysia bermula hari ini.
Untuk spesifikasi, peranti dilengkapi skrin LCD 90Hz HD+ berukuran 6.71-inci. Digabung juga dengan cip MediaTek Helio G36, memori 4GB RAM dan storan 128GB dan bateri 5,000mAh untuk tunjang utama. Lebih menarik apabila port USB-C digunakan untuk kali ini menggantikan port mikroUSB pada generasi sebelum. Kamera utama 8MP dan swafoto sebesar 5MP turut disertakan sebagai pelengkap.