Spotify Kini Menyokong Penstriman Muzik Video
Effi Saharudin
Spotify kini menyokong paparan muzik video terus dari dalam aplikasi di beberapa pasaran terpilih. Muzik video boleh diakses pada bila-bila masa sahaja ketika mendengar muzik. Dengan ini Spotify akhirnya mempunyai ciri yang sama dengan YouTube Music yang membenarkan pengguna mendengar audio atau menonton video pada bila-bila masa sahaja.

Tekan butang “Switch to Video” untuk menonton video dan tekan pula butang “Switch to Audio” untuk mendengar muzik sahaja. Video boleh ditonton dalam mod skrin penuh dengan mengubahnya ke orientasi landskap pada telefon.
Pada ketika ini ciri muzik video hanya disokong di 11 pasaran iaitu UK, Jerman, Itali, Belanda, Poland, Sweden, Brazil, Colombia, Filipina, Indonesia, dan Kenya. Ciri boleh diakses pelanggan Spotify Premium menerusi aplikasi telefon pintar, desktop dan juga TV pintar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.