Leica dikatakan antara salah satu jenama kamera yang mewah dan sangat dikenali terutamanya bagi pecinta fotografi. Namun, harga jualannya kadang kala tidak masuk akal mahalnya. Mana tidaknya, gambar yang dihasilkan setanding dengan harganya kerana kualiti gambar yang amat cantik dan terperinci.
Walaubagaimanapun, jika anda mencari alternatif pada harga yang lebih berpatutan tetapi tetap mengekalkan kualiti yang baik, Xiaomi kini memperkenalkan produk baharunya iaitu Xiaomi 14 Ultra. Ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai bagi tujuan fotografi yang boleh menjadi pilihan untuk anda pertimbangkan. Tentu anda tertanya-tanya, apakah ciri-ciri yang kami sebutkan ini? Jadi, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Kamera Leica Canggih Yang Mampu Menyerlahkan Lagi Gambar Anda
Tanpa berlengah lagi, kita mulakan dengan sistem kamera terlebih dahulu dimana Xiaomi 14 Ultra ini dilengkapi dengan kanta Leica Vario-Summilux bersama persediaan kuad-sensor 50MP, dimana ia menggabungkan lensa 50MP untuk kamera utama, lensa 50MP untuk kamera telefoto, lensa 50MP untuk kamera periskop dan lensa 50MP untuk kamera sudut ultra lebar. Rakaman swafoto bagi Xiaomi 14 Ultra ini pula hadir dengan lensa 32MP.



Bagi kamera utamanya, ia dilengkapi dengan sensor kamera 1-inci yang menggunakan sensor imej Sony IMX LYT-900. Melalui sensor kamera yang besar, ia mampu memerangkap pencahayaan yang lebih banyak berbanding saiz sensor kamera yang biasa. Malah, ia juga turut menyertakan aperture yang boleh diubah, bermula aperture sebesar f/1.63 sehingga f/4.0. Melaluinya, anda boleh mengubah aperture untuk menyesuaikan cahaya ketika penggambaran seperti menggunakan aperture f/1.63 ketika penggambaran pada waktu malam. Jadi, gambar yang dihasilkan akan tampak terperinci kerana gabungan sensor dan lensa, sekaligus membolehkannya memerangkap pencahayaan yang lebih banyak walaupun di kawasan dengan pencahayaan yang mencabar.
Lensa telefoto 75mm dengan sensor imej Sony IMX 858 juga berguna dalam pelbagai situasi fotografi. Salah satu situasi di mana lensa ini dapat memberikan manfaat adalah ketika anda berada di tempat pejalan kaki untuk merakam gambar sesuatu bangunan, dimana subjek utama berada jauh dari tempat anda berdiri. Dengan menggunakan lensa telefoto ini, anda dapat besarkan gambar subjek utama dan menjadikannya tampak lebih dekat dan terperinci dalam gambar, tanpa perlu berpindah dari tempat duduk anda yang asal. Ini membolehkan anda untuk menangkap detik-detik penting dengan lebih baik walaupun dari jarak jauh.
Tatal ke kanan untuk melihat lebih kebolehan zum peranti ini.
Jika anda lihat jurugambar professional yang menggunakan kamera DSLR, tentu anda sedar mereka seringkali menggunakan lensa tambahan untuk merakam objek yang jauh. Namun, agak lecehlah untuk mengusung lensa tambahan kemana-mana sahaja anda pergi bukan? Oleh itu, melalui lensa periskop 120mm yang dibina pada Xiaomi 14 Ultra, ia membolehkan anda untuk zum dengan lebih jauh berbanding lensa telefoto. Jadi, anda boleh merakam objek yang jauh tanpa perlu mengorbankan kualiti gambar. Ini sekaligus dapat menghasilkan kualiti gambar yang nampak tajam. Xiaomi 14 Ultra ini juga turut dilengkapi dengan lensa ultra lebar 12mm. Jadi, anda tidak perlu lagi bersusah payah menggunakan mod panorama untuk merakam gambar pemandangan yang luas.
Skrin Dengan Dolby Vision Untuk Paparkan Kejituan Warna Rakaman
Namun, apa gunanya kualiti penggambaran yang hebat jika ia tidak boleh memaparkannya dengan baik bukan? Oleh itu, Xiaomi telah melengkapkan Xiaomi 14 Ultra dengan skrin yang menyokong kadar segar semula 120Hz AMOLED Display bersaiz 6.73 inci. Melaluinya, ia dapat menambah baik pengalaman tatalan dan tontonan anda. Xiaomi 14 Ultra ini juga turut menyokong Dolby Vision dan mempunyai kecerahan skrin sehingga 3000nits. Melaluinya, kalau anda ingin melihat semula gambar yang diambil pun akan nampak pewarnaannya lebih jitu.
Prestasi Yang Memuaskan Untuk Kegunaan Seharian
Apabila berbicara tentang peranti canggih, kita juga turut mempertimbangkan prestasi peranti untuk memastikan penggunaan seharian kita lancar. Oleh itu, Xiaomi 14 Ultra ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Melaluinya, prestasi peranti bakal menjadi lebih efisien dan lancar, walaupun digunakan buat bermain permua, menonton video mahupun membuka pelbagai aplikasi secara serentak. Bukan itu sahaja, Xiaomi 14 Ultra ini turut dilengkapi dengan penawaran storan 16GB + 512GB, dimana ia cukup besar bagi membolehkan anda menyimpan pelbagai rakaman gambar dan video untuk satu tempoh masa yang lama.
Setelah seharian menggunakan peranti untuk merakam gambar dan video, tentu kita perlu mengecas peranti sebelum menggunakannya semula. Oleh itu, Xiaomi 14 Ultra turut mempunyai kapasiti bateri sebanyak 5000mAh yang turut menyokong 90W pengecasan berwayar dan 80W pengecasan nirwayar. Melaluinya, anda boleh menggunakan peranti untuk satu tempoh yang agak lama. Malah, anda bolehlah membuat kerja-kerja yang lain sambil menunggu peranti dicas penuh.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa Xiaomi 14 Ultra ini berbaloi untuk dipertimbangkan bagi anda yang mementingkan kualiti kamera serta prestasi penggunaan seharian. Dengan kamera Leica yang didatangkan bersama, ia mampu memberikan anda keupayaan untuk menghasilkan gambar yang memikat hati. Bukan itu sahaja, dengan prestasi yang cukup memuaskan ini menjadikan Xiaomi 14 Ultra ini sebagai sebuah peranti yang wajib anda miliki.
Jika anda berminat, Xiaomi 14 Ultra ini dijual pada RM5,199 sebuah dengan dua pilihan warna iaitu Black dan White. Untuk pengetahuan anda juga, sesi pratempah telah pun dibuka. Pembelian yang dibuat antara 8 hingga 21 Mac 2024 akan diberi hadiah premium bernilai RM2,346.94 yang terdiri daripada Photography Kit (RM799), 6 bulan langganan Google One (RM50.94), setahun jaminan waranti tambahan (RM599) dan waranti tukar ganti skrin retak selama 6 bulan (RM299).
Sementara itu pembelian yang dibuat selepas 21 Mac 2024 pula akan menerima hadiah premium bernilai RM1,747.94 yang terdiri daripada 6 bulan langganan Google One (RM50.94), setahun jaminan waranti tambahan (RM599) dan waranti tukar ganti skrin retak selama 6 bulan (RM299). Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan Xiaomi 14 Ultra untuk serlahkan lagi sisi fotografi anda.
Penafian: Advertorial dari Xiaomi Malaysia