Carian
Vivo X100 Pro 5G Kini Ditawarkan Dalam Warna Moonlight White – Harga RM4,599
March 13, 2024 Amy Maizuraa

Pelancaran Vivo X100 5G di Malaysia sebelum ini ditawarkan dalam warna Startrail Blue dan Asteroid Black. Sebagai pilihan kini terdapat pilihan warna baharu Moonlight White yang diberikan sekaligus menjadikan keseluruhan mempunyai tiga pilihan warna yang boleh dipilih oleh pengguna. Tiada perubahan harga yang dibuat yang dijual pada RM4,599 bersama Vivo TWS 3e yang diberi percuma.

Untuk spesifikasi, peranti dilengkapi skrin AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak mencapai 3000nits. Seterusnya cip MediaTek Dimensity 9300, memori 16GB RAM LPDDR5T dan storan 1TB UFS 4.0 digunakan untuk tunjang utama.

Diikuti dengan 5,400mAh yang boleh dicas melalui pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 50W. Kamera utama pula sebesar 50MP dengan sensor bersaiz 1-inci dari Sony IMX989, 50MP telefoto periskop dan 50MP sudut ultra lebar, di samping kamera 32MP sebagai pelengkap.

Komen