Beberapa minggu lepas, OpenAI berjaya mengejutkan pasaran dengan pengenalan penjana teks ke video, dinamakan Sora. Melaluinya, ia menghasilkan video berasaskan kecerdasan buatan, dan hasil janaannya hampir realistik berbanding penjana video yang lain.
Selari dengannya, ramai yang tidak sabar untuk mencubanya. Bercakap mengenainya, melalui temuramah bersama WSJ, ia dikatakan Sora bakal ditawarkan kepada umum kelak pada tahun ini, berkemungkinan dalam beberapa bulan lagi.
Buat masa ini, beberapa perkara sedang ditambah-baik, termasuk dari segi kos dan pemprosesan untuk menjana setiap video. Disamping itu, ia juga diambil kira untuk setiap janaan video tidak disalah guna oleh orang ramai.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan beberapa bulan lagi untuk pengenalan Sora, dan bagaimana ia akan mengubah industri kreatif.