Figure merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan robot berbentuk manusia. Selepas berkongsi akan bekerjasama dengan OpenAI dalam bangunkan model kecerdasan buatan untuk robot, kini Figure memperlihatkan perkembangan terbaru dibawah kerjasama berkenaan.
Melalui demo yang dipertontonkan, ia menunjukkan robot berkenaan boleh mengenal-pasti apakah yang berada dihadapan ia, selain berinteraksi dengan manusia berkenaan dengannya, termasuk mengapa ia mengambil sesuatu langkah berkenaan.
Ini sekaligus memperlihatkan perkembangan robot Figure 01, yang mana bukan terhad untuk pengugnaan di kilang sahaja sebagai ganti tenaga kerja manusia, tetapi boleh diperluaskan lagi penggunaan meliputi tugasan lain.
Sama-sama kita nantikan lagi apakah seterusnya oleh Figure melalui integrasi kecerdasan buatan OpenAI.