WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu dinamakan ‘Status Mention’ yang membolehkan pengguna menyertakan kenalan lain dalam kemaskini status. Ia dilihat sama seperti yang boleh dilakukan di Instagram Stories yang turut melibatkan kenalan lain secara langsung dalam status mereka. Selain turut mampu meningkatkan pengalaman komunikasi dengan memastikan kenalan tertentu ambil maklum mengenai status yang berkaitan.

Masih belum dapat dipastikan mengenai penggunaan secara khusus. Namun apa yang diperlihatkan mana-mana kenalan yang terlibat akan menerima notifikasi mengenai perkara tersebut. Buat masa ini ia masih diperingkat pembangunan, dan akan tersedia dalam kemaskini akan datang tanpa perkongsian tempoh masa khusus yang didedahkan.