Carian
Lenovo Legion Tab Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Dan Cip Snapdragon 8+ Gen1
March 14, 2024 Amy Maizuraa

Lenovo telah mengumumkan tablet baharu Legion Tab yang juga disahkan memasuki pasaran global termasuk Asia Tenggara. Ia juga menawarkan spesifikasi lebih daripada memadai yang direka untuk gamer.

Berkongsi lanjut ia menggunakan skrin sebesar 8.8″ beresolusi QHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Sebagai tambahan ia juga menawarkan sokongan gamut warna DCI-P3 dengan kecerahan puncak 500nits. Tunjang utama pula dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang juga digabungkan dengan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB.

Terdapat juga ruang wap terbina bersaiz besar disediakan bagi memastikan prestasi lebih optimum dalam pelbagai situasi. Bateri 6,550mAh disertakan boleh dicas melalui port USB Type-C dan pengecasan 45W. Di samping menawarkan kamera utama 13MP + 2MP dan swafoto sebesar 8MP.

Kepelbagaian fungsi juga menjadi lebih mudah melalui Lenovo Freestyle yang membolehkan pengguna menghubungkan dua peranti dengan mudah. Misalnya seperti tablet ini dengan komputer riba Lenovo Legion yang lain bagi tujuan perkongsian skrin untuk pengalaman bermain lebih baik. Lenovo Legion Tab dijual pada harga €599 (~RM3,071).

Komen