Carian
AWS Di Malaysia – Kerjasama FathomX Dengan UiTM, UM Untuk Kajian Mamografi Pelbagai Negara & Kerjasama Gentari Bersama Amazon India
March 14, 2024 Ikhwan Nazri

Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk AWS di Malaysia kerana AWS Region di Malaysia akan mula beroperasi sejajar dengan pengumuman mereka tahun lepas untuk melabur sejumlah RM 25.5 bilion menjelang tahun 2037, dan ini diperkuat dengan pembukaan pejabat mereka di Kuala Lumpur pada tahun lepas. 

AWS Region ini merupakan pusat pelayan data secara fizikal yang akan ditempatkan di lokasi tertentu, dan turut membolehkan transaksi data secara pantas kerana mempunyai kadar pendam yang rendah, dan ini memberikan pelbagai manfaat kepada pelanggan dan juga rakan kerjasama AWS antaranya Petronas, Pos Malaysia, Bank Islam, Grab, dan pelbagai lagi.

Dalam sesi bersama media, AWS turut berkongsi lagi yang mana sebanyak 3 Availability Zone bagi mengaktifkan AWS Region di Malaysia, dengan setiap satunya mempunyai jarak sekitar 100km antara satu sama lain secara fiber, dan juga boleh menyokong satu sama lain sekiranya terdapat sebarang kejadian tidak diingini. 

Dengan adanya AWS Region di Malaysia, ia juga dapat membantu sedikit sebanyak inisiatif sifar karbon oleh beberapa syarikat tempatan. AWS turut bekerjasama dengan Petronas dan Gentari dalam memperhebat teknologi hijau, malah Gentari juga turut menawarkan tenaga hijau mereka untuk Amazon India dalam sektor pengangkutan mereka bagi mengurangkan pembebasan karbon mereka.

Dan AWS sendiri telah mempergiatkan aktiviti melibatkan pembangun tempatan dan sejak adanya pejabat mereka bersaiz 32,000 kaki persegi di Kuala Lumpur, telah banyak acara diadakan bersama pembangun tempatan. Malah FathomX, salah satu startup yang telah membangunkan FxMammo, iaitu AI yang dikuasakan oleh AWS bagi menambah baik hasil saringan Mamografi ( telah bekerjasama dengan UiTM dan UM dalam kajian mereka yang melibatkan pelbagai pusat kajian bagi mengkaji keberkesanan FxMammo di 8 negara sekitar Asia Pasifik.

Dengan perkembangan kerjasama dan inisiatif dari AWS untuk dunia teknologi tempatan, pastinya dapat memperhebat pembangunan teknologi di negara. Sama-sama nantikan lebih banyak lagi kemaskini dari mereka. 

Komen