Carian
Jam Tangan Casiotron TRN-50-2A Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2,495
March 14, 2024 Amy Maizuraa

Jam tangan Casiotron TRN-50-2A telah dilancarkan sebelum ini dengan reka bentuk asal Casiotron dari tahun 1974 bersama beberapa ciri umum yang moden. Ia termasuklah sambungan bluetooth, pengecasan solar dan ciri mencari telefon yang hilang. Selain turut menawarkan 39 zon masa dunia, pencahayaan LED, pilihan penggera harian dan kalis air sehingga 50 meter.

Paparan skin juga kini lebih besar dan lengkap dengan kalendar yang kini digital sepenuhnya. Lebih banyak maklumat turut boleh diakses pada skrin utama. Kemudian penutup belakang juga direka khas dengan teks ulang tahun ke-50 yang khusus. Bagi yang berminat Casiotron TRN-50-2A dijual di Malaysia pada harga RM2,495 dengan jumlah yang terhad.

Komen