Carian
Skype Kini Memperkenalkan Ciri Transkrip Untuk Mesej Suara
March 14, 2024 Aman

Skype merupakan salah satu aplikasi permesejan dan komunikasi dibawah Microsoft. Kini, Skype memperkenalkan kemaskini baharu untuk semua, sekaligus membawakan salah satu ciri yang menarik – iaitu sokongan transkrip untuk mesej suara.

Dengan langkah ini, anda boleh melihat apakah kandungan sesuatu mesej suara yang dihantar melalui paparan teks – tanpa perlu memainkan mesej suara berkenaan. Ini sangat berguna sekiranya anda berada di luar, dan tidak boleh menyemak atau mendengar sesuatu mesej suara.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu tap pada ikon “pen” bersebelahan butang mainkan audio pada mesej suara, dan ia seterusnya akan menjana teks untuk sesuatu audio berkenaan.

Anda boleh mengemaskini Skype hari ini, dan mencuba sendiri ciri baharu ini.

Komen