Cari @ Amanz

Shopee kini mengumumkan peningkatan yuran komisen penggunaan platform mereka, dinamakan Shopee Marketplace Commission Fee. Yuran baharu akan mula aktif pada 20 Mac 2024, dimana ia memperlihatkan peningatkan kadar komisen sehingga sekali ganda.

Melalui beberapa contoh diberikan, seperti barangan elektronik dengan kadar yuran komisen semasa antara 2.5% ke 4%, akan ditingkatkan menjadi antara 4% ke 8%. Begitu juga untuk kategori FMCG yang akan mencapai kadar 8% dibawah struktur yuran baharu, barangan fesyen mencapai 7%, dan barangan gaya hidup mencapai 7%. Kadar ini adalah tanpa penyertaan SST, dimana dengan penyertaan caj SST 8%, ia akan mencapai lebih tinggi sedikit.

Shopee menyatakan yuran ini akan dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari sahaja. Sementara kedai dibawah 120 hari tidak akan dikenakan sebarang caj yuran komisen. Pengenalan caj baru ini hadir selepas

Bagi penjual di Shopee, boleh menyemak perkara ini, dan bersedia dengan pelaksanaannya pada 20 Mac 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd