Carian
Google I/O 2024 Akan Berlangsung Pada 14 Mei
March 15, 2024 Fahim Zahar

Acara Google I/O akan berlangsung pada 14 Mei akan datang. Seperti biasa mengikut tradisi, Google berkongsi teka teki yang jika berjaya diselesaikan jawapan kepada bila acara berlangsung akan diketahui. CEO Google, Sundar Pichai akan memberi ucaptama di Shoreline Amphitheater.

Untuk Google I/O 2024 ramai menjangkakan Pixel 8a, Pixel Fold 2 dan Pixel 9 akan diperlihatkan bersama-sama dengan butiran Android 15, Wear OS dan produk digital Google yang lain. Kita turut mungkin akan melihat lebih banyak perkara AI, mungkin model bahasa raya Gemini baharu. Ramai turut juga menjangkakan Google akan hadir dengan idea atau konsep untuk bersaing dengan Apple Vision Pro. Sama-sama kita nantikan.

Komen