Cari @ Amanz

Beeper adalah syarikat yang mempunyai misi untuk memudahkan komunikasi pengguna yang memiliki banyak akaun pemesejan dari perkhidmatan berbeza. Mereka mula terkenal kerana menawarkan iMessage untuk Android dan Windows kemudian menjadi tular dengan aplikasi Beeper Mini yang boleh menggunakan iMessage tanpa akaun Apple ID. Kini selepas mengalah dengan Apple, Beeper dilancarkan semula sebagai aplikasi baharu yang menyokong 12 perkhidmatan pemesejan berbeza.

Beeper: Universal Chat adalah aplikasi pemesejan untuk Android. Ia boleh dikatakan versi lebih ringan kepada Beeper Cloud untuk Windows dan macOS. Ketika pelancaran, Beeper menyokong 12 perkhidmatan pemesejan iaitu Beeper/Matrix (ekosistem tersendiri), Google Chat, Messenger, RCS/SMS, Signal, Telegram, WhatsApp, Instagram, LinkedIn, X, Discord dan juga Slack. Aplikasi baharu turut direka dengan antaramuka ringkas, pantas untuk digunakan dan turut menyokong paparan skrin besar atau skrin lipat.

Beeper turut percuma digunakan untuk sementara waktu khusus untuk pemilik akaun Beeper sedia ada. Pengguna lain boleh daftar minat atau dapatkan kod jemputan dari pengguna lain. Tetapi akan datang, Beeper akan mengenakan langganan bulanan untuk digunakan. Sokongan Android Auto, padam mesej (sekarang ia cermin semua sembang), iMessage dan banyak lagi masih dalam perancangan dan pembangunan.

Bagi yang berminat boleh muat turun melalui pautan di bawah. Jika anda ingin dapatkan kod jemputan anda boleh klik pautan kedua;

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd