Identiti sebenar pencipta Bitcoin Satashi Nakamoto akan kekal misteri selepas mahkamah United Kingdom mengatakan Craig Wright bukanlah beliau. Sekak 2016, Wright mendakwa beliau adalah Satashi Nakamoto dan ini ditentang oleh Crypto Open Patent Alliance (COPA) yang mengheret beliau ke mahkamah.
COPA terpaksa mengambil langkah ini kerana Wright tela memfailkan paten hak untuk kod Bitcoin 0.1 dan juga kertas putih mengenai wang kripto ini. Kerana Satoshi Nakamoto juga adalah pencipta rantaian blok pertama, Wright juga telah menyaman Binance dan Block kerana didakwa menggunakan pangkalan data rantaian blok tanpa kebenaran beliau.

Selepas perbicaraan selema lima minggu, mahkamah mendapati Wright gagal membuktikan beliau adalah Satoshi Nakamoto. Wright mengaku beliau adalah pencipta Bitcoin selepas laporan yang diterbitkan oleh Wired. Pada waktu tersebut beliau berkata nama Satoshi diambil daripada nama watak Ash Ketchum dalam bahasa Jepun manakala Nakamoto pula ialah nama ahli falsafah Jepun Tominaga Nakamoto.
Ketika perbicaraan Wright berkata sekiranya beliau bukan Satoshi, pasti sudah ada individu yang menafikannya. Dengan keputusan mahkamah ini, COPA berharap Bitcoin akan dapat diteruskan secara sumber terbuka di masa hadapan. Identiti sebenar Satoshi Nakamoto masih kekal misteri.