Cari @ Amanz

Oppo Reno11 F 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Peranti didatangkan dengan spesifikasi kelas pertengahan yang juga sarat dengan ciri memfokuskan fotografi. Dalam masa sama disertakan kemasan tubuh yang bergaya moden.

Berkongsi lebih lanjut, Reno11 F 5G menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama, paparan juga menawarkan ciri tambahan seperti sokongan gamut warna DCI-P3 bersama kecerahan puncak 1,100nits dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion.

Seterusnya cip MediaTek Dimensity 7050, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB digunakan untuk tunjang utama. Diikuti juga sokongan pelancar baharu ColorOS 14 berasaskan Android 14 sebagai pelengkap peranti ini. Bateri 5,000mAh disertakan pula menyokong pengecasan pantas 67W SUPERVOOC.

Selain itu kamera peranti didatangkan dengan persediaan tri-kamera di belakang. Ianya terdiri dengan 64MP untuk utama dengan bukaan aperature f/1.7. Dipadankan pula dengan 8MP untuk ultra-lebar dan 2MP untuk makro. Kamera 32MP diberikan sebagai pelengkap, di samping rakaman video 4K boleh dilakukan menggunakan kedua-dua kamera peranti ini.

Lain-lain spesifikasi termasuklah NFC, kalis air IP65 dan sambungan bluetooth 5.2. Sebanyak tiga warna yang boleh dipilih seperti Palm Green, Ocean Blue dan Coral Purple. Bagi yang berminat Reno11 F 5G dijual pada RM1,399 dan pratempah dibuka sekarang dengan hadiah bernilai RM169 diberikan bersama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd