Carian
Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang Mengaktifkan Ujian Bayaran Tol Melalui Kad Debit Dan Kredit
March 16, 2024 Amy Maizuraa

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa ujian rintis awam sistem pembayaran terbuka sedang dilaksanakan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Dengan ini pengguna yang melalui Plaza Tol Pulau Pinang kini melakukan transasksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank – sebagai alternatif untuk Touch n Go dan RFID.

Seperti biasa, ia boleh diakses di lorong-lorong yang dipasang papan tanda dengan logo MyDebit, Visa dan Mastercard. Kemudiannya dua terminal khusus disediakan iaitu untuk Touch n Go dan MyDebit-Visa-Mastercard yang membolehkan pengguna menyentuh kad debit serta kredit pada peranti berkenaan untuk transaksi tol. Bayaran pula akan ditolak daripada baki kad masing-masing.

Komen