Carian
Devin – Pembangun Perisian Berasaskan Kecerdasan Buatan, Oleh Cognition AI
March 16, 2024 Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat penggunaan kecerdasan buatan berbentuk janaan dalam pelbagai bentuk, termasuk sokongan janaan teks, gambar, video, mahupun muzik. Tidak setakat itu sahaja, kini Cognition turut hadir dengan sokongan mereka tersendiri, yang boleh membantu dalam pengaturcaraan.

Dinamakan Devin, ia dikatakan sebagai pembantu untuk jurutera perisian berasaskan kepada kecerdasan buatan. Ia boleh melakukan penanda aras pengaturcaraan, melakukan pembangunan aplikasi atau web, menyemak pepijat, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal lagi, dan belum ditawarkan kepada umum. Namun, teknologi yang diperlihatkan adalah agak menarik – dan semestinya akan memberikan sedikit kesan dalam pembangunan serta pengaturcaraan pada masa akan datang. Mungkin juga sebab ini yang CEO NVIDIA menyatakan sebelum ini yang mana kanak-kanak mungkin tidak perlu pelajari pengaturcaraan.

Komen