SpaceX dilaporkan akan membangunkan rangkaian satelit pengintip untuk agensi Pejabat Peninjau Negara (NRO) Amerika Syarikat menurut laporan Reuters. Kontrak bernilai $1.8 bilion dianugerahkan kepada SpaceX Starshield dengan ratusan satelit berkemampuan pengimejan boleh melakukan pemantauan permukaan bumi apabila diperlukan.
Kontrak dianugerahkan pada tahun 2021 tetapi masih belum diketahui bilakah ia akan dilancarkan dan bilakah kekeruhannya satelit akan memulakan operasi. Sebelum ini sekadar kedengaran SpaceX memenangi kontrak untuk melancarkan satelit bagi tujuan intipan untuk agensi yang tidak diketahui.
SpaceX terlibat dalam beberapa program rahsia dan ketenteraan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat. Roket Falcon Heavy digunakan untuk melancarkan kapal angkasa Boeing X-37 yang sehigga kini dirahsiakan misinya oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Turut didedahkan Tentera Amerika Syarikat berminat menggunakan kapal angkasa Starship untuk membawa kargo dengan kelajuan pantas bagi misi sensitif.