Cari @ Amanz

Appel disaman kelompok oleh lebih 30 individu di California kerana menghendap (stalking) menggunakan penjejak objek AirTag. Saman difailkan pada tahun 2022 tetapi Apple cuba merayu supaya saman berkenaan ditolak. Walaubagaimanapun, hakim mendapati plaintif menampilkan bukti mencukupi Apple mempunyai liabiliti kerana kelalaian apabila produk mereka digunakan untuk tujuan menghendap.

Harga jualannya yang murah menjadikannya sebagai peranti pilihan untuk digunakan bagi tujuan menjejak pergerakan seseorang individu tanpa disedari. Saman difailkan menuduh Apple memasarkan AirTag tanpa meletakkan ciri keselamatan yang mencukupi bagi mengelakkan ia disalahgunakan bagi tujuan menghendap.

Selepas AirTag mula disalahgunakan, Apple memperkenalkan pelbagai ciri keselamatan seperti mengesan kehadiran AirTag yang tidak dikenali terus pada peranti dan mengaktifkan penggera untuk memudahkan ia dicari oleh mangsa. Malahan Apple dan Google bekerjasama melancarkan sistem mengesan AirTag pada peranti Android sebagai langkah keselamatan. Hanya Apple disaman setakat ini walaupun peranti penjejak objek dikeluarkan beberapa syarikat lain seperti Samsung dan Tile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd