Louis Vuitton ialah jenama mewah yang cukup dikenali ramai khususnya dalam dunia beg kulit dan pakaian haute couture. Tetapi mereka juga melancarkan produk teknologi mewah dalam bentuk jam tangan dan fon telinga sebelum ini. Minggu lalu mereka telah melancarkan Tambour Moon Flying Tourbillon yang merupakan jam tangan yang direka oleh arkitek terkemuka Frank Gehry.

Tambour Moon Flying Tourbillon unik kerana muka jam, tangan jam, tubuh, tombol dan komponen dalamnya diperbuat daripada nilam. Oleh itu jam tangan ini kelihatan lutsinar dengan mekanisme dalaman dapat dilihat dengan jelas. Hanya lima sahaja jam tangan edisi terhad ini dihasilkan. Kesemuanya dihasilkan daripada satu bongkah nilam seberat 200 kilogram.

Untuk menghasilkan jam ini, artisan dari La Fabrique du Temps Louis Vuitton menghabiskan ribuan jam. Sebanyak 250 jam sahaja dihabiskan untuk mengukur satu tangan jam yang hanya setebal sekeping kertas. Selain nilan, emas ros dan komponen dalam diperbuat daripada logam yang disalut rhodium untuk membuatkannya kelihatan lebih mewah. Harga jualan Tambour Moon Flying Tourbillon tidak diumumkan.