Carian
Apple ID Akan Menjadi Apple Account Bermula Dengan iOS 18
March 18, 2024 Fahim Zahar

Awal bulan ini telah kami laporkan yang terdapat desas-desus menyatakan Apple akan menukar nama Apple ID kepada Apple Account. Perubahan ini dikatakan akan berlaku pada kesemua perkhidmatan Apple yang memerlukan akses kepada akaun pengguna dan juga dalam semua sistem operasi mereka bermula tahun ini.

Baru-baru ini, Mark Gurman melalui Power On melaporkan yang perubahan ini akan bermula dengan iOS 18, watchOS 11 dan lain-lain. Sebab perubahan ini masih tidak jelas tetapi dijangkakan adalah untuk memudahkan lagi pengguna mengetahui akan akaun Apple mereka. Penggunaan Apple Account juga bukan baharu kerana baki kredit (untuk App Store, Apple Card) kini digelar sebagai Apple Account Balance.

Acara WWDC mungkin berlangsung pada bulan Jun 2024 untuk pengumuman kemas kini perisian. Perubahan Apple ID ke Apple Account mungkin akan diumumkan pada acara ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen