Huawei mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan peranti baharu di bawah siri Nova. Ianya terdiri dengan tiga model berbeza yang termasuk Nova 12s, Nova 12 SE dan Nova 12i. Kesemuanya boleh diberi pembaharuan menarik dalam memastikan inovasinya berkembang bagi memenuhi permintaan ramai peminat fotografi.
Huawei masih berahsia mengenai perkakasan dalaman namun apa yang pasti peranti akan menampilkan kamera utama 108MP dan swafoto 60MP pula pada Nova 12s. Sekaligus mampu menjanjikan pengalaman peranti mudah alih yang inovatif dan menyeronokkan menerusi ciri diberikan tadi. Turut disokong ialah pelancar baharu EMUI 14 untuk pengalaman penggunaan lebih baik.
Seperti biasa sama-sama nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Huawei berhubung perkara ini. Dalam pada itu baucar masa terhad bernilai RM50 turut boleh ditebus lebih awal melalui pautan di bawah untuk pembelian ketiga-tiga baharu tersebut kelak.
- Tebus sekarang – HUAWEI Store Malaysia