Carian
Google Minta Maaf Atas Kesilapan Paparan Tukaran Matawang USD-MYR
March 18, 2024 Aman

Google kini membuat penjelasan lanjut, termasuk memohon maaf disebabkan oleh kesilapan paparan tukaran matawang USD-MYR baru-baru ini.

Membuat penjelasan lanjut, Google menyatakan mereka menyediakan informasi tukaran mata wang asing atas dasar informasi sahaja, dan meminta pengguna merujuk kepada Bank Negara Malaysia untuk sebarang maklumat sebelum membuat keputusan berkaitan kewangan.

Google turut mengatakan mereka telah menghubungi penyedia pihak ketiga dengan segera dalam membetulkan data tukaran matawang USD-MYR tempoh hari.

Sebelum ini, Google telah memperlihatkan kadar tukaran yang salah, sekaligus membuatkan ia menjadi bualan ramai dalam arena internet. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan komen berkaitan dengan perkara tersebut, menyatakan kadar tukaran pada Google berkenaan adalah tidak tepat.

Komen