Cari @ Amanz

Porsche Design Honor Magic6 RSR telah dilancarkan secara rasminya di China sebentar tadi. Ia menawarkan reka bentuk menarik yang berbeza dengan peranti Magic6 Pro biasa. Seterusnya mampu menunjukkan kepelbagaian dalam penampilannya.

Melaluinya bonggol kamera bulat tidak lagi digunakan dan diganti dengan reka bentuk heksagon yang bersaiz besar. Peranti juga mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca bersama elemen garis menegak yang menonjol di bahagian tengah.

Terdapat juga penjenamaan Honor dan Porsche turut menghiasi yang menunjukkan kerjasama kedua-dua syarikat. Panel hadapan pula sejenis melengkung yang juga menyokong lubang kamera berbentuk pil di bahagian tengah.

Tiada perubahan untuk perkakasan dalaman yang bermakna peranti dilengkapi skrin OLED 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama paparan juga mempunyai kecerahan puncak maksimum 5000nits dan diperakui Dolby Vision.

Cip Snapdragon 8 Gen 3 digunakan dengan memori 24GB RAM dan storan 1TB. Selain itu, kamera utama terdiri dengan 50MP (OIS) + 180MP (telefoto) + 50MP (ultra lebar) dan kamera swafoto 50MP + 3D ToF. Bateri 5,600mAh digunakan pula boleh dicas melalui pengecasan berwayar 80W dan nirwayar 66W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd