Honor terus mengembangkan produknya dengan memperkenalkan Magic6 Ultimate. Peranti dilihat unik dengan perubahan pada rekaan kamera yang kini digantikan dengan bonggol segi empat bersaiz besar. Peranti juga mempunyai panel belakang berasaskan kulit bersama penjenamaan Ultimate Edition.
Panel hadapan pula sejenis melengkung di kedua-dua sisi yang juga lebih tahan lasak melalui teknologi kaca baharu. Ianya sebesar 6.8-inci dari keluarga sejenis OLED 2800 × 1280 piksel yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan Dolby Vision. Pada masa sama paparan juga mempunyai lubang berbentuk pil yang diletakkan di bahagian tengah dengan sokongan kamera swafoto 50MP +3D ToF.
Selain itu peranti juga dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan memori 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Persediaan kamera utamapula terdiri dengan 50MP untuk utama, 180MP telefoto dan 50MP ultra lebar. Kamera utama dan telefoto sahaja menyokong OIS, kemudiannya rakaman maksimum 4K/60fps turut boleh dibuat menggunakan kamera peranti ini.
Bateri 5600mAh digunakan sejenis silikon yang boleh dicas menggunakan pengecasan berwayar 88W dan nirwayar 66W. Turut melengkapi peranti ialah kalis air IP68 dan pembesar suara stereo. Harga jualan di China bermula RMB 6,999 (kira-kira ~RM4,585).