Carian
MrBeast Akan Bangunkan Siri Realiti “Beast Games” Untuk Prime Video – 1000 Peserta Bersaing Untuk Hadiah $5 Juta
March 19, 2024 Aman

Amazon melalui Prime Video hari ini mengumumkan kerjasama dengan MrBeast, dan menyatakan MrBeast akan bangunkan siri kandungan realiti dinamakan Beast Games. Siri ini dijangka akan menjadi salah satu siri realiti terbesar di dunia, yang melibatkan seramai 1000 orang peserta bersaing untuk hadiah wang tunai berjumlah $5 juta.

Seperti ramai sedia maklum, MrBeast sedia menghasilkan kandungan berbentuk siri realiti yang memperlihatkan peserta bersaing untuk hadiah melalui YouTube, dan Beast Games dijangka akan meneruskan tradisi berkenaan pada kapasiti lebih besar.

MrBeast menyatakan akan berkongsi lanjut berkenaan rancangan Beast Games ini tidak lama lagi. Beast Games bakal ditayangkan melalui Prime Video di lebih 240 buah negara, termasuk Malaysia.

Komen