Lanjutan pengumuman siri Galaxy A 2024 oleh Samsung baru-baru ini, kini Samsung Malaysia turut mengumumkan penawaran dua peranti Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G untuk pasaran Malaysia.
Melaluinya, Galaxy A35 5G dijual pada RM1,699 dengan hadiah percuma berupa pelan pelindungan Samsung Care+, jaminan tambahan setahun, rebat sehingga RM300, diskaun 30% pembelian atas pembelian untuk peranti terpilih.
Sementara itu Galaxy A55 5G pula berharga RM1,999 dengan hadiah berupa Galaxy Buds FE, jaminan tambahan setahun, rebat sehingga RM300 dan diskaun 30% pembelian atas pembelian untuk peranti terpilih.
Samsung Galaxy A55 5G menggunakan skrin Super AMOLED 6.6″ dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama, paparan menyokong teknologi Vision Booster yang boleh menyesuaikan kecerahan dengan keadaan sesama. Selain itu, cip lapan teras juga digunakan dengan memori 12GB RAM dan storan 256GB. Diikuti pula bateri 5,000mAh yang boleh dicas melalui pengecasan 25W. Turut diberikan ialah kamera utama 50MP OIS + 12MP + 5MP dan swafoto 32MP sebagai pelengkap.
Samsung Galaxy A35 5G juga dilengkapi skrin Super AMOLED FHD+ 6.6″ dengan kadar segar semula 120Hz dan teknologi Vision Booster. Diikuti juga cip lapan teras dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama. Sementara itu, bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 25W. Kamera utama 50MP + 8MP + 5MP dan swafoto 13MP dilihat turut melengkapi peranti.