WhatsApp dilihat komited dalam meningkatkan keupayaan aplikasi sekaligus mengubah cara pengguna seiring dengan perkembangan semasa. Melaluinya WhatsApp sedang menguji keupayaan memuat-naik video sehingga 1 minit pada status.

Dalam contoh yang ditunjukkan diatas pilihan baharu ini berfungsi sama seperti sebelum ini. elasnya ia menjadi lebih panjang berbanding sebelum ini yang hanya terhad pada 30 saat. Sekaligus membolehkan pengguna berkongsi video lebih panjang tanpa suntingan pada mesej yang ingin disampaikan.
Penambahbaikan ini dibuat mungkin disebabkan oleh maklum balas pengguna yang meminta untuk berkongsi video lebih panjang sebagai kemaskini status. Ia bagaimanapun pun masih diperingkat ujian kecil dengan hanya pengguna beta terpilih yang dapat mencuba sebelum dilancarkan kepada semua.