Project GROOT Ialah Platform Teknologi Robot NVIDIA Yang Dikuasakan AI Generatif
Nazrin
Teknologi kecerdasan buatan dijangka akan menjadi lebih maju lagi pada tahun ini dan masa akan datang, jadi ia tidak mengejutkan bahawa terdapat syarikat-syarikat yang mahu menggabungkan teknologi ini bersama-sama dengan robot yang sudahpun dilihat berada pada tahap pembangunan yang matang.
Untuk ini, NVIDIA, diantara syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi perkakasan dan perisian yang memajukan teknologi kecerdasan buatan memperkenalkan Project GROOT, iaitu platform teknologi yang menggabungkan perkakasan dan perisian untuk membangunkan robot yang dikuasakan oleh AI generatif.

Idea di sebalik platform teknologi ini ialah untuk akhirnya membina robot yang memiripi perbuatan manusia dan boleh membuat keputusan dan melakukan aktiviti berdasarkan bahasa, video dan juga contoh pergerakan dan perbuatan manusia.
Rev Lebaredian, Timbalan Presiden Omniverse and Simulation Technology di NVIDIA mengatakan bahawa robot-robot ini boleh dimanfaatkan di industri-industri berat dan boleh menggantikan manusia untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kecederaan dan krmalangan manusia di tempat kerja.
Juga diperkenalkan ialah komputer disebalik perisian kecerdasan buatan platform Project GROOT ini yang dinamakan Jetson Thor, manakala perisiannya pula dinamakan Isaac. Pembangunan Project GROOT ini, apabila ia siap kelak akan membolehkan syarikat-syarikat untuk membina apa jenis robot untuk semua jenis industri dan juga persekitaran.
[sumber]Reuters[/sumber]