ShopBack, salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada pemberian ganjaran dan juga pulangan tunai, kini mengumumkan akan mengurangkan 24% daripada tenaga kerja mereka, sekaligus melibatkan 195 pekerja.
Pembuangan pekerja ini dikatakan dalam usaha menjadikan syarikat lebih mapan berbanding sebelum ini, sekaligus membolehkan syarikat terus beroperasi.
ShopBack mengatakan sebelum ini, pada awal 2022 mereka telah mengambil bilangan pekerja yang ramai – namun dengan pasaran memfokuskan jangka masa panjang, mereka kini melihat kembali kepada penjimatan kos, dan mengambil langkah ini.
Dengan perubahan ini, ShopBack dijangka memfokuskan kembali perniagaan teras mereka dalam terus kekal operasi, dan melihat kepada penjanaan pendapatan syarikat.