Reddit sedang menanti untuk menyenaraikan IPO yang dijangka mencecah $6.5 bilion. Dengan tarikh ia akan disenaraikan semakin hampir, ia mula menerima perhatian pelbagai pihak.
Menurut laporan Bloomberg, semalam Reddit menerima notis dari Nokia yang mendakwa mereka melanggar paten berkenaan telekom dan rangkaian awanan.
Walaupun Nokia kini tidak lagi dilihat sebagai kuasa besar dalam dunia teknologi seperti dua dekad yang lalu, ia masih lagi memegang ribuan paten dalam bidang komunikasi. Baru-baru ini mereka baru sahaja menandatangani persetujuan pelesenan dengan BBK Electronics bagi mengelakkan peranti Oppo, OnePlus dan Vivo daripada dijual di beberapa pasaran Eropah.