Carian
SOLS Energy Perkenal Program Langganan Solar Rumah Untuk Mengurangkan Kos Pemasangan Panel
March 20, 2024 Penulis Tamu

Syarikat utama dunia kesemuanya mempunyai program untuk menjalankan operasi harian mereka secara lebih lestari. Sejak kebelakangan ini, orang ramai turut semakin cakna untuk juga cuba mengurangkan tapak karbon peribadi. Di Malaysia SOLS Enegry ingin memudahkan pemilik rumah untuk mula menggunakan kuasa elektrik yang lebih hijau menerusi Program Langganan Solar Rumah (Home Solar Subscription).

Program ini akan memudahkan pemilik rumah menggunakan sistem tenaga solar tanpa bebanan kewangan seperti sebelum ini di samping matlamat utama menggalakkan penggunaan kuasa solar secara meluas dalam kalangan isi rumah di seluruh negara 

Ia meliputi pendahuluan kos pemasangan dengan tempoh pulangan pelaburan yang segera. Peserta program akan mendapat manfaat daripada kadar yuran tetap sebanyak RM0.46/kWh untuk tempoh dua dekad dan menikmati penjimatan berbanding kadar grid kebangsaan semasa sebanyak RM0.57/kWh. Pelanggan juga akan menerima jaminan perkakas solar PV selama 20 tahun tanpa bayaran tambahan.

SOLS Energy merupakan syarikat solar rumah No. 1 di Malaysia dengan lebih daripada 1,800 pemasangan sistem solar di rumah yang menghasilkan penjimatan bil elektrik tahunan sebanyak RM13.4 juta untuk pelanggan dan mengelakkan pencemaran karbon seperti menanam 418,500 pokok.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Langganan Solar Rumah sila layari www.solsenergy.com/subscription

Komen