Carian
Pengasas CyanogenMod Melancarkan Playtron – Sistem Operasi Untuk Konsol Mudah Alih
March 20, 2024 Effi Saharudin

Kirt McMaster ialah salah seorang pengasas Cyanogen Inc yang menghasilkan sistem operasi CyanogenMod berasaskan Android pada tahun 2013. Tujuan ia dihasilkan ialah sebagai sistem operasi alternatif yang boleh digunakan pengeluar telefon Android yang lain. Kini McMaster mengumumkan pula sistem operasi Playtron yang menyasarkan penggunaan pada konsol mudah alih.

Playtron dibina berasaskan Linux dengan penekanan diberikan kepada ia adalah sebuah sistem operasi yang ringan serta boleh menyokong kesemua stor atas talian serta pelancar permainan video yang wujud sekarang.

Sistem operasi Windows 11 yang digunakan beberapa konsol mudah alih pada waktu ini mempunyai kekurangan hayat bateri yang pendek. SteamOS pula hanya digunakan pada SteamDeck dan masih tidak menyokong kesemua stor lain seperti Epic Games.

Pada ketika ini Playtron masih di peringkat awal dengan hanya sebahagian kecil permainan video disokong. Versi Alpha akan ditawarkan kepada orang ramai untuk mencuba serta melihat keserasian permainan video Tetapi Playtron mengesahkan Ayaneo akan mula menawarkan konsol mudah alih dengan sistem operasi mereka pada penghujung tahun ini dengan beberapa pengeluar lain pula bermula 2025.

Kelebihan lain sistem operasi ini ialah, ia mengenakan bayaran $10 untuk setiap pemasangan berbanding Windows yang mengenakan bayaran sekitar $80. Selain itu Playtron turut menyasarkan ia digunakan di telefon, tablet, TV dan juga kerana di masa hadapan.

Komen