Carian
Realme Narzo 70 Pro 5G Dilancarkan – Cip Dimensity 7050 Dan Kamera 50MP
March 20, 2024 Amy Maizuraa

Realme Narzo 70 Pro 5G dilancarkan di India sebagai peranti kelas pertengahan baharu. Peranti memberi tumpuan terhadap sistem kamera serba baharu dan bateri tahan lama dengan pengecasan pantas.

Untuk spesifikasi peranti menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya cip MediaTek Dimensity digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Diikuti juga pelancar baharu Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 sebagai pelengkap.

Tri-kamera utama disediakan terdiri dengan 50MP (Sony IMX890) dengan OIS + 8MP (ultra sudut lebar) + 2MP (makro) yang diikuti kamera hadapan 16MP. Turut disokong oleh peranti ialah bateri 5000mAh dengan pengecasan 67W SuperVOOC dan pembesar suara stereo bersama audio Hi-Res.

Seperkara lagi yang menarik pada peranti sudah tentulah kemampuan mengawal fungsi tertentu tanpa sentuhan melalui ciri khusus Air Gestures. Peranti dijual di India dengan harga bermula INR 19,999 (~RM1,140) (8/128GB) dan INR 21,999 (~RM1,255) (8/256GB) untuk sebuah.

Komen