Cari @ Amanz

Pelancaran hari ini turut menyaksikan Honor Pad 9 mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Ia dilancarkan dengan spesifikasi kelas pertengahan yang boleh dijadikan alternatif untuk kegunaan kerja harian.

Melaluinya tablet ini menawarkan skrin TFT LCD 25.K sebesar 12.1-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama paparan juga menyokong ciri tambahan lain seperti kecerahan puncak 500nits, kemampuan paparan 1.07 bilion warna dan nisbah skrin ke-badan 88%.

Selain itu, cip Snapdragon 6 Gen 1 digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Bateri 8,300mAh disertakan pula boleh dicas menggunakan port USB-C dan pengecasan 35W. Kamera utama 13MP, swafoto 8MP dan lapan pembesar suara terbina juga diberikan sebagai pelengkap. Bagi yang berminat, Honor Pad 9 dijual di Malaysia pada RM1,499 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd