Peranti boleh lipat baharu Porsche Design Honor Magic V2 RSR turut membuat kemunculan rasmi di Malaysia sebentar tadi. Ia diberi sentuhan eksklusif dengan kerjasama syarikat reka bentuk mewah iaitu Porsche Design. Bagi yang berminat peranti dijual di Malaysia pada RM10,999 sebuah.


Diinspirasikan daripada kereta Porche 911, koleksi edisi terhad ini diperbuat daripada bahan berbeza yang termasuk gentian kaca pada panel belakang. Diikuti pula dengan engsel yang menggunakan binaan titanium.

Seperkara lagi Honor turut menyertakan lapisan khusus Anti-Scratch NanoCrystal Shield bertujuan memberi pelindungan lebih baik pada peranti. Peranti ini juga mengekalkan sokongan stylus pada skrin luar dan dalam.

Tiada perubahan spesifikasi dalaman dibuat malahan keseluruhannya serupa dengan Magic V2 biasa. Peranti dilengkapi skrin luar 6.43-inci yang diikuti skrin dalaman sebesar 7.92-inci. Skrin sepenuhnya daripada LTPO OLED 120Hz yang juga menyokong 2156 X 2344 piksel untuk skrin luar dan 1060 X 2376 piksel pula di dalam. Cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM, storan 1TB dan bateri 5,000mAh digunakan sebagai tunjang utama.