Carian
Porsche Design Honor Magic6 RSR Berharga RM7,499 Di Malaysia
March 20, 2024 Amy Maizuraa

Honor turut menarik perhatian ramai hari ini dengan membawa masuk Porsche Design Honor Magic6 RSR ke pasaran Malaysia. Bagi yang berminat ia ditawarkan pada RM7,499 dengan ketersediaan secara eksklusif melalui daftar minat yang dibuat melalui laman web rasmi Honor Malaysia.

Ia menawarkan reka bentuk menarik yang berbeza dengan peranti Magic6 Pro biasa. Seterusnya mampu menunjukkan kepelbagaian dalam penampilan. Tiada bonggol kamera bulat digunakan diganti dengan reka bentuk heksagon yang bersaiz besar.

Peranti juga mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca bersama elemen higaris menegak yang menonjol di bahagian tengah. Turut boleh dilihat penjenamaan Honor dan Porsche yang menghiasi panel belakang menunjukkan kerjasama kedua-dua syarikat.

Tiada perubahan untuk perkakasan dalaman yang bermakna peranti dilengkapi skrin OLED 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8 Gen 3 digunakan dengan memori 24GB RAM dan storan 1TB untuk tunjang utama.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (OIS) + 180MP (telefoto) + 50MP (ultra lebar) dan kamera swafoto 50MP + 3D ToF. Bateri 5,600mAh juga digunakan dengan pengecasan berwayar 80W dan nirwayar 66W.

Komen