Apple Hadir Dengan Iklan Bertemakan Hari Raya Dengan Fokus Terhadap Face ID
March 21, 2024
Apple
Aman
Apple kini dilihat hadir dengan iklan bertemakan Hari Raya, dengan fokus terhadap ciri sekuriti dan privasi pada iPhone. Melalui iklan berkenaan, Apple memperlihatkan saudara-mara tidak boleh mengakses iPhone anda ketika berkunjung ke rumah, sekaligus menjaga privasi anda, selain mengelak orang lain membuka dan mengakses peranti anda.
Walaupun diterbitkan pada akaun YouTube Apple Singapura, namun pihak Apple menyatakan iklan ini dihasilkan di Malaysia.
Dengan langkah ini, sama-sama kita berharap lebih banyak promosi dan video tips oleh Apple dengan fokus untuk pengguna tempatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.