Cari @ Amanz

Truecaller adalah aplikasi panggilan telefon yang dikenali ramai. Ini kerana Truecaller telah membantu ramai orang membanteras panggilan spam. Sehingga hari ini, perkhidmatan ini telah menghalang sekitar 38 bilion ke 40 bilion panggilan untuk lebih 374 juta pelanggan. Terbaru, Truecaller telah dikemaskini dengan ciri AI.

Khusus untuk pelanggan Premium Android, kini terdapat Tahap perlindungan (Protection level) baharu iaitu Maks (Max). Ciri ini akan menghalang panggilan telefon daripada nombor yang tidak diluluskan dalam senarai kenalan dan juga apabila AI mengenalpasti nombor itu adalah panggilan spam. Biasanya Truecaller hanya menghalang panggilan berdasarkan data yang telah mereka rekod daripada jutaan pengguna. Tetapi perlindungan Maks ini tidak menggunakan pangkalan data Truecaller.

Menurut Techcrunch, Truecaller turut serius dalam perkembangan AI dan ingin terus menjayakan perkhidmatan teras mereka iaitu halangan panggilan spam dan ID panggilan (Caller ID) dengan integrasi teknologi ini. Truecaller boleh dilanggan pada harga RM9.90 sebulan, RM18 untuk tiga bulan, RM71.90 untuk setahun atau turut boleh dapatkan pelan Premium Gold yang paling mahal iaitu RM399 setahun yang boleh digunakan bersama 4 akaun tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd