Carian
Seberapa Yakinkah Anda Dengan Sekuriti Pada Peranti Mudah Alih?
March 21, 2024 Penulis Tamu

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali melihat masalah tentang isu-isu peranti digodam, maklumat peribadi dicuri dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menggodam telefon pintar kita untuk mengakses butiran peribadi. Isu yang semakin meningkat ini menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna terutama berkaitan dengan keselamatan maklumat peribadi. 

Hacker Pengodam

Dengan begitu banyak maklumat peribadi disimpan dalam peranti kita, kebocoran data boleh menyebabkan impak yang amat besar. Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita tahu jenis ancaman siber dan langkah untuk meningkatkan lagi keselamatan peranti mudah alih kita. 

1. Jenis Ancaman Siber Yang Sering Berlaku

Penting untuk kita mengetahui jenis ancaman siber yang sering berlaku. Ini supaya kita dapat mengenal pasti tanda-tanda dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai. Antaranya adalah perisian hasad yang boleh menyebabkan peranti menjadi lambat atau data hilang. Cara penggodam menghantar perisian hasad ini kepada peranti kita adalah dengan menghantar fail ataupun pautan yang mengandungi perisian hasad melalui emel palsu, laman web yang tidak dipercayai, atau aplikasi yang dirancang untuk menggodam data melalui peranti kita. 

Selain itu, terdapat juga kaedah memancing data di mana penjenayah siber menggunakan teknik penipuan ataupun menyamar sebagai orang lain untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna. Mereka akan menghantar emel atau mesej palsu yang kelihatan seperti dari institusi kewangan atau organisasi yang dipercayai.

Selalunya, kandungan mesej tersebut meminta pengguna untuk mengemaskini butiran akaun mereka. Apabila pengguna mengikut arahan tersebut, maklumat peribadi seperti kata laluan boleh dicuri dengan mudah. Oleh itu, sangat penting untuk berhati-hati ketika menerima e-mel ataupun membuka pautan dari sumber yang tidak dikenali. 

2. Lindungi Maklumat Peribadi Anda Dengan Langkah Proaktif

Sekarang kita sudah pun tahu serba sedikit tentang jenis ancaman siber. Jadi, kita perlu tahu pula langkah yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi. Antaranya adalah memastikan perisian keselamatan seperti antivirus sentiasa dikemaskini. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mengesan dan menghalang serangan siber sebelum mereka mencapai peranti anda. 

Selain itu, amalkan penggunaan kata laluan yang kuat dan unik untuk setiap akaun, serta aktifkan pengesahan dua faktor apabila boleh. Melaluinya, anda dapat menambah lapisan keselamatan yang penting untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak sah. Pastikan juga untuk tidak berkongsi kata laluan dengan sesiapa dan mengubahnya secara berkala. Dengan mengamalkan langkah proaktif ini, anda dapat meningkatkan keselamatan akaun anda secara keseluruhan dan sekaligus mengurangkan risiko akses yang tidak sah. 

3. Pastikan Sistem Sekuriti Peranti Anda Kukuh Dan Terjamin

Tentu anda tertanya-tanya dengan melakukan langkah yang disebutkan tadi, adakah maklumat peribadi dalam peranti dapat dilindungi sepenuhnya? Semestinya masih belum mencukupi kerana peranti yang digunakan juga haruslah mempunyai sistem sekuriti yang kukuh. Melaluinya , risiko ancaman siber dapat dikenalpasti terlebih dahulu oleh sistem dan ia akan memberikan anda langkah sesuai yang patut anda lakukan. 

Salah satu contoh sistem sekuriti yang boleh dipercayai adalah Samsung Knox Vault, di mana ia dibina bersama pelbagai peranti Samsung. Ini sekaligus dapat menawarkan perlindungan yang lebih baik untuk maklumat peribadi anda. Ciri sekuriti ini diaktifkan secara automatik sewaktu peranti dimulakan dan ia akan menawarkan perlindungan berterusan. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari sekuriti tambahan atau mengambil masa untuk mengaktifkannya secara manual.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, adalah penting untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi diri daripada ancaman siber yang semakin berkembang. Ini adalah termasuk mengenal pasti jenis ancaman siber dan langkah untuk mengelakkan diri dari risiko tersebut. Malah, memastikan sistem sekuriti peranti yang kukuh juga menjadi salah satu faktor yang penting. 

Jika anda mahukan ciri sekuriti yang menawarkan perlindungan kukuh terhadap maklumat dan privasi, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A35 5G pada harga RM1,699 untuk varian 256GB dengan tiga pilihan warna iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy. Jika anda mempunyai bajet yang lebih pula, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A55 5G pada harga RM1,999 untuk varian 256GB dengan tiga pilihan warna Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Bagi pembeli terawal, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM828. Jadi, bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui  pengedar-pengedar rasmi Samsung di seluruh Malaysia dan kedai atas talian rasmi Samsung bermula 22 Mac 2024. Samsung Galaxy A35 5G dan Samsung Galaxy A55 5G dilengkapi dengan Samsung Knox Vault. Melaluinya, anda tidak perlu risau lagi akan risiko ancaman siber kerana sistem keselamatan yang canggih ini akan berfungsi dengan baik untuk melindungi data peribadi anda. 

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen