Threads mula menambah fungsi topik terhangat atau Trending Now pada aplikasi utama. Melaluinya pengguna boleh mengikuti perkembangan semasa untuk peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling agar sesuai dengan garis masa kini.

Fungsi topik terhangat ini akan memaparkan isu yang menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna di media sosial. Seterusnya membolehkan pengguna mengikuti trend semasa dengan mudah dan cepat. Sokongan ini boleh diakses melalui tab carian dan ruang utama aplikasi. Ia juga adalah ciri yang sama sedia ditawarkan oleh X (Twitter) sejak sekian lama.
Buat masa ini hanya pengguna di Amerika Syarikat yang boleh mengakses. Namun dijangka boleh diperluaskan kepada lebih ramai pengguna pada masa akan datang. Jangan lupa juga ikuti kemaskini menarik Amanz di Threads.