Siri komputer riba Lenovo ThinkPad X13 dan ThinkPad L telah dikemaskini hari ini dengan pelancaran enam model baharu yang bukan sahaja dengan prestasi yang dipertingkatkan tetapi juga ciri yang menjadikannya lebih mesra OKU penglihatan.

Kita mulakan dengan Lenovo ThinkPad X13 Gen 5 yang merupakan model mercu dilengkapi skrin 13.3″ IPS WUXGA dengan sesentuh, cip Intel Core Ultra, grafik Intel ARC, memori sehingga 64GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 2TB SSD dan bateri sehingga 54.7 Whr. Kamera web 5MP ditawarkan dengan pilihan sistem IR untuk imbasan wajah serta pengatup privasi ThinkShutter. Terdapat sokongan audio Dolby Audio, WiFi 7, dan rangkain selular sehingga 5G. Tubuh pula diperbuat daripada bahan magnesium dan aluminium yang telah dikitar semula.

Lenovo ThinkPad X13 2-in-1 Gen 5 juga dilengkapi skrin 13.3″ IPS WUXGA dengan sesentuh lengkap dengan sokongan stylus, cip Intel Core Ultra, grafik Intel Iris X, memori sehingga 64GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 2TB SSD dan bateri sehingga 54.7 Whr. Kamera web 5MP ditawarkan dengan pilihan sistem IR untuk imbasan wajah serta pengatup privasi ThinkShutter. Terdapat sokongan audio Dolby Audio, WiFi 7, dan rangkaian selular sehingga 5G. Tubuh pula diperbuat daripada bahan magnesium dan aluminium yang telah dikitar semula.

Seterusnya ialah Lenovo ThinkPad L13 Gen 5 hadir dengan skrin 13.3″ IPS WUXGA dengan sesentuh, cip Intel Core Ultra, grafik Intel Graphic, memori sehingga 32GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 1TB SSD PCIe 4×4 M.2 228 dan bateri sehingga 46 Whr. Kamera web 5MP ditawarkan dengan pilihan sistem IR untuk imbasan wajah serta pengatup privasi ThinkShutter. Terdapat sokongan audio Dolby Audio, WiFi 6E, dan rangkaian selular sehingga 4G. Tubuh pula diperbuat daripada bahan plastik dan aluminium yang telah dikitar semula.
Lenovo ThinkPad L13 2-in-1 Gen 5 menggunakan 13.3″ IPS WUXGA dengan sesentuh, cip Intel Core Ultra, grafik Intel Graphic, memori sehingga 32GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 1TB SSD PCIe 4×4 M.2 228 dan bateri sehingga 46 Whr. Kamera web 5MP ditawarkan dengan pilihan sistem IR untuk imbasan wajah serta pengatup privasi ThinkShutter. Terdapat sokongan audio Dolby Audio, WiFi 6E, dan rangkaian selular sehingga 4G. Tubuh pula diperbuat daripada bahan plastik dan aluminium yang telah dikitar semula.
Lenovo ThinkPad L14 i Gen 5 hadir dengan skrin 14″ IPS WUXGA dengan sesentuh, cip Intel Core Ultra, grafik Intel Arc, memori sehingga 64GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 2TB SSD PCIe 4×4 M.2 228 dan bateri sehingga 57 Whr. Kamera web 5MP ditawarkan dengan pilihan sistem IR untuk imbasan wajah serta pengatup privasi ThinkShutter. Papan kekunci mempunyai butang taktil yang memudahkan OKU penglihatan mencari lokasi butang yang ingin disentuh.

Terdapat sokongan audio Dolby Audio, WiFi 7, dan rangkaian selular sehingga 4G. Tubuh pula diperbuat daripada bahan plastik dan aluminium yang telah dikitar semula. Pada model Lenovo ThinkPad L14 Gen 5 cip AMD Ryzen 7030 Series digunakan tetapi tanpa sokongan WiFi 7.

Akhir sekali ialah Lenovo ThinkPad L16 i Gen 5 hadir dengan skrin 16″ IPS WUXGA dengan sesentuh, cip Intel Core Ultra, grafik Intel Arc, memori sehingga 64GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 2TB SSD PCIe 4×4 M.2 228 dan bateri sehingga 57 Whr. Kamera web 5MP ditawarkan dengan pilihan sistem IR untuk imbasan wajah serta pengatup privasi ThinkShutter. Model ini juga dilengkapi papan kekunci dengan butang taktil yang memudahkan OKU penglihatan mencari lokasi butang yang ingin disentuh.
Terdapat sokongan audio Dolby Audio, WiFi 7, dan rangkaian selular sehingga 4G. Tubuh pula diperbuat daripada bahan plastik yang telah dikitar semula. Pada model Lenovo ThinkPad L16 Gen 5 cip AMD Ryzen 7030 digunakan tetapi tanpa sokongan WiFi 7.