Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan Microsoft Edge, anda pasti perasan di bar sisi kiri terdapat ikon Copilot untuk akses pantas menggunakan chatbot AI ini. Setiap hari, ciri ini amat membantu dan Microsoft sedar akan perkara ini. Oleh yang demikian pengguna dan pembangun yang menggunakan Edge versi Canary kini boleh menggunakan dua ciri AI baharu.

Pertama adalah Microsoft Designer serba baharu. Designer adalah perkhidmatan AI menjana imej yang dikuasakan oleh DALL.E 3. Tetapi pada Edge, pengguna boleh klik kanan pada mana-mana imej di web dan pilih untuk masukkan ke dalam Designer baharu ini untuk sunting seperti buang latar belakang.

Kedua adalah Copilot Notebook. Ciri “buku nota” ini berinteraksi dengan penjana seakan mencatat nota berbanding dialog perbualan. Microsoft menyatakan ia menawarkan sokongan untuk sehingga 18,000 aksara berbanding Copilot biasa yang terhad kepada 4000 aksara sahaja. Ciri ini akan memudahkan pengguna yang ingin menganalisa dokumen dan mengeluarkan data penting.

Buat masa ini, ia masih dalam ujian di fasa Canary dan tidak pasti bila Microsoft akan menawarkannya kepada semua pengguna Edge. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd