Carian
Anda Boleh Muat-Turun Buku Panduan Produk Apple
March 21, 2024 Fahim Zahar

Biasanya apabila saya menghadapi masalah dengan produk Apple yang saya gunakan, laman Apple Support adalah yang saya pergi terlebih dahulu sebelum mencari jawapan lain di Group FB, Reddit atau forum-forum lain. Terbaru, Apple telah menyediakan laman khas di laman web Apple Support khusus untuk mencari buku panduan, maklumat spesifikasi dan juga muat turun.

Laman bahasa Inggeris memaparkan maklumat untuk 11 kategori produk, sementara versi bahasa Melayu terhad kepada 7 kategori produk sahaja. Pada kategori Mac, panduan macOS boleh dimuat turun. Kategori iPhone terhad kepada buku keselamatan dan panduan, sementara kategori perisian memaparkan panduan menggunakan aplikasi Apple di pelbagai platform.

Dalam semakan saya, laman bahasa Inggeri lebih dikemaskini dengan produk terbaru. Menariknya, apabila laman web ditetapkan ke negara Malaysia – Apple menyenaraikan turut menyenaraikan Homepod. Produk lain yang tidak lagi dikeluarkan seperti iPod juga masih boleh didapatkan cara penggunaannya. Jika anda berminat, boleh layari laman web Apple Support. Untuk tukar bahasa dan negara, anda boleh tatal ke bawah dan tekan nama negara di bawah hujung kiri.

Komen