Carian
Pengguna Neuralink Pertama Kini Boleh Bermain Catur Dan Permainan Komputer Dengan Minda
March 21, 2024 Nazrin

Beberapa minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa pengguna implan otak Neuralink pertama telah berjaya untuk mengawal pergerakan tetikus atas skrin dengan menggunakan fikiran sahaja.

Baru-baru ini, Neuralink telah menunjukkan perkembangan individu tersebut, Noland Arbaugh dimana beliau kini bukan sahaja boleh bermain catur menggunakan mindanya, tetapi juga permainan komputer Civilization VI.

Menurut Neuralink, cara individu ini mengawal input pada skrin ialah dengan melihat kepada satu titik di skrin dan kemudiannya berfikir bahawa beliau perlu menggerakkan “tangan” ke titik itu. Aplikasi penggunaan Neuralink dapat diperlihatkan apabila Arbaugh menunjukkan bagaimana beliau bermain permainan catur di komputer dalam sebuah video yang distrim oleh Neuralink.

Arbaugh juga mengatakan bahawa selain daripada catur, beliau bermain permainan komputer Civilization VI sehingga awal pagi, dan menunjukkan bahawa penggunaan Neuralink untuk jangka masa yang panjang mungkin tidak akan memberikan sebarang kesan sampingan kepada pengguna.

Komen