Carian
Infinix Menjanjikan 2 Kemaskini Android, Dan 36 Bulan Kemaskini Sekuriti Untuk Note 40 Pro
March 22, 2024 Aman

Infinix baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Note 40 Pro. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1098, dan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya, termasuk sokongan pengecasan 100W.

Disamping itu, kini Infinix turut berkongsi menyatakan mereka akan menawarkan sehingga 2 kemaskini Android besar, selain kemaskini sekuriti sehingga 36 bulan.

Ini sekaligus menjadikan peranti Infinix ini antara peranti berbaloi untuk dimiliki untuk tempoh jangka masa panjang, pada harga jualannya.

Dengan langkah ini, sama-sama kita berharap agar perlbagai pengeluar peranti lain turut mengikut jejak langkah Infinix, dan menawarkan kemaskini untuk tempoh lebih lama bagi peranti pada harga sekitar RM1,000 dan kebawah.

Komen