Cari @ Amanz

CelcomDigi kini menawarkan tambahan kuota data sehingga 100GB kepada pelanggan pelan 5G mereka. Perubahan penawaran ini disedari oleh LowYat.net dengan pelanggan Postpaid 5G 80 menerima tambahan 60GB menjadikan kuota bulanan meningkat 150GB. Sementara itu pelan Postpaid 5G 100 pula menerima tambahan 100GB menjadikan kuota bulanan meningkat ke 250GB.

Walau bagaimanapun tambahan kuota data ini hanya akan ditawarkan selama 12 bulan sahaja. Penawaran boleh dinikmati oleh pelanggan baharu dan juga pelanggan sedia ada. Pada ketika ini CelcomDigi turut menawarkan kedua-dua pelan ini dengan potongan harga RM10 sebulan bagi menarik pelanggan pelan 4G ke 5G.

Dengan penawaran penambahan kuota data ini, CelcomDigi lebih hampir kepada pesaing mereka seperti Maxis yang juga memberikan tambahan kuota data yang tinggi kepada pelanggan pelan 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd