Carian
WhatsApp Kini Membolehkan Anda Pin Sehingga Tiga Mesej Pada Tetingkap Sembang
March 23, 2024 Aman

WhatsApp kini memperkenalkan kemaskini kepada semua secara berperingkat, sekaligus membolehkan anda pin akan sehingga tiga mesej pada tetingkap sembang.

Ini sekaligus memudahkan anda untuk memperlihatkan sesuatu mesej utama pada sesuatu WhatsApp Groups untuk dirujuk ramai, dan tidak tenggelam begitu sahaja. Sebelum ini, WhatsApp sedia memperkenalkan ciri ini, tetapi terhad kepada satu mesej sahaja.

Melaluinya, pengguna bukan sahaja boleh pin akan mesej berbentuk teks, tetapi juga gambar dan juga bancian. Ketika melakukan “pin”, pengguna akan diberikan pilihan masa untuk ia kekal pada bahagian atas, termasuk antara 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mencuba ciri ini yang telah mula diperkenalkan secara berperingkat ini.

Komen